Tuesday, June 6, 2017

5 MANUSIAN YANG RUGI DI BULAN RAMADHAN


RAMADHAN bulan rahmat dan maghfirah

Semalam di rezekikan dengar Tazkirah sebelum Solat Terawikh. Ustaz Ab Dzar Adanan imam dari masjid Negeri Shah Alam datang ke surau kami memberikan tazkirah.

Perkongsian yang sentap ke jiwa.
Kita ni tunggu ramadhan dah lama, bila sampai Ramadhan tak manfaatkan sebaiknya.
So salah satu cara saya berkongsi adalah sharing dengan pembaca blog semua

Let's checl

5 manusia yang rugi di bulan Ramadhan

(Tazkirah Ustaz Abu Dzar Adanan -Imam Masjid Negeri Shah Alam)
1. Bangun sahur tapi tak solat sunat Subuh.
2. Berbuka tapi tak doa mohon ampun semasa juadah terhidang
3. Tidak membaca AlQuran dalam sehari
4. Tidak bersedekah dengan istiqamah
5. Masuk Ramadhan dengan dosa, keluar Ramadhan pun masih dalam dosa🤐

Anak-anak juga akan turut sama membaca Quran jika kita ibubapa menunjukkan contoh yang baik


Walaupun sibuk bekerja, jom kita check 5 perkara ini.
Salam 11 Ramadhan

www.telekungnajwa.my

Yang Menulis,
Mama Najwa

Tuesday, February 7, 2017

Telekung Smocking Telekung Idaman Ramadhan

Assalamualaikum wbt


Dah lama sangat tak menulis jadi idea kering. Subhanallah.
Rindu juga nak berbicara di blog. Biasanya update di facebook dan instagram tak boleh nak corat-coret panjang-panjang.

Untuk bagi mood menulis sampai, apa kata kita tengok dulu koleksi Telekung Cotton Dewasa yang seringkali hangat semasa bulan  Ramadhan. Korang tau tak Ramadhan tu bila?

Haaaa..untuk tahun ini, 2017 bersamma 1438 H, Ramdhan jatuh pada

27 Mei 2017Hari Sabtu


Alhamdulillah Sabtu. Boleh lah berbuka puasa hari pertama dengan family.
Dan jangan lupa pakai Telekung baru pada malam pertama Terawikh di surau ye :)

Jom tengok telekung idaman ramdhan sejak DUA tahun lalu sepanjang +Telekung Najwa  menemui anda untuk Solusi telekung berkualiti pada harga mampu milik.

Salam Ramadhan eh, awal lagi. Hu-hu


Mama Najwa
7 Februari 2017
www.telekungnajwa.my








Tuesday, April 5, 2016

BIRTHDAY: 'Dress Ribbon' atau Telekung Ribbon Akasia?


Masa kecil dulu, kalau mama belikan dress yang ada riben, dah tau ini mesti special untuk Birthday.

Lepas pakai masa Birthday ,simpan elok-elok hingga musim Raya). Pakailah yang sama sebab mahal bak hang!! ( mahal zaman tu ,RM 50 sepasang ). Itupun dah habis kedai cari. Pernah beli di kedai nyonya Cina kat kelantan, itu saya ingat

Kalau dua beradik, kena ada DUA pasang jugalah.
Suka sangat dress ada riben ni, berangan ala-ala Cinderella gitew.  Lagi besar ikat buat bentuk riben, lagi rasa cantik. Konon!

Poojaan hati little princess


Telekung Ribbon Akasia  pula dihasilkan kerana objektif yang sama.
Dah lama TelekungNajwa mencari sesuatu yang membuatkan anak-anak senyum girang untuk dipakai buat solat.

Nak bagi anak-anak rasa ala-ala princess Cinderella.
Princess Cinderella pakai cantik-cantik bukan nak jumpa Prince.
Tapi nak jumpa Allah. Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Dua beradik, satu citarasa :)
Telekung Ribbon Akasia PinkBerry-Purple

Supaya anak-anak kenal siapa yang menciptakan mereka. Yang memberi segala nikmat yang terkira. Mereka belum faham apa itu khusyuk, apa itu rukun. Tapi mulakan dengan mereka faham bahwa SOLAT ini adalah TIANG AGAMA. Islam itu terletak pada SOLAT kita.
Semoga Allah memudahkan urusan kita mendidik diri dan anak-anak solat

Telekung Ribbon Akasia
www.telekungnajwa.my
WA/Call : 016-3304302

Yusniza Yusof
April 2016


Tuesday, February 16, 2016

TUDUNG TRANSFORMER : Kolaborasi TelekungNajwa dan BOB Fashion by Afdlin Shauki

Salam ceria semua,

Syukur alhamdulillah, awal 2016, Afdlin Shauki dan TelekungNajwa melancarkan TUDUNG 3 dalam 1 PALING MUDAH untuk anda semua


Semasa saya diberi peluang oleh seorang rakan untuk project bersama Afdlin Shauki di bawah jenama B.O.B by Afdlin Shauki, hati terdetik, kenapa beliau pilih saya? Akhirnya saya sedar, rezeki dari Allah, melalui insan yang Allah pilih.
Dan begitulah sebuah networking dalam bisnes, membantu Telekungnajwa yang baru bertatih untuk menuju kejayaan yang lebih besar.

Lebih dari 3 prototype telah dihantar, terima kasih kepada team tailor yang membantu. Asyik dok fikir design macamana nak buat jadi labuh hingga menutupi tangan. Pastu macamana pulak bila 'transform' jadi tudung nak sorok semua kat dalam. Sama-sama pening!



>>Pernah set back dan turn down sebab design tak menjadi. Saya mahu tudung ini menutup tangan semasa solat, lebih yakin dengan aurat terpelihara semasa solat. Namun, seorang adik datang dan menyuntik semangat untuk saya terus mencuba kerana kata beliau, design ini boleh membantu ramai orang. "Kak Ngah mesti cuba sampai jadi." 

Kolaborasi dengan Afdlin Shauki yang sangat humble, bertolak ansur dan team BOB yang berdedikasi. Apabila berjumpa dengan mereka yang sebeginilah membuatkan saya banyak belajar tentang diri sendiri.

 GRAND LAUNCHING TUDUNG TRANSFORMER di Mood Republik Kota Bharu Kelantan pada 5 & 6 Februari oleh team pemasaran B.O.B by Afdlin Shauki.
Oghe Kelate yang  mari ramai-ramai , Maghi kelih dan acu cubo try test, timo kasih diucapkan.
 Ini antara yang mencuba dan membeli semasa launching ( dari page B.O.B by Afdlin Shauki)

Tertarik dengan warna pink+brown

Nak test macamana nak transform

Ibu kepada CEO Mood Republik pun datang

Semoga TUDUNG TRANSFORMER diterima untuk sekalian ummah untuk memudahkan SOLAT. Bersedia TRANSFORM untuk solah dengan tudung anda !!!!!

Salam hormat
Yusniza Yusof
TelekungNajwa
Februari 2016
smile emoticon

Thursday, January 14, 2016

HADIAH SEPASANG TELEKUNG BUAT HANTARAN

Selawat dan Salam atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum wbt

Bulan Disember yang lalu, ramai yang membeli Telekung Safamarwah Dull Satin Valentro sebagai hadiah perkahwinan dn pertunangan.

Pemberian Telekung sebagai HANTARAN kita lihat hanya sebagai adat. Sebenarnya lebih dari itu. Simboliknya, jadikan telekung itu sebagai peneman di kala gembira dan duka dalam melayari bahtera perkahwinan dalam SOLAT. Supaya sujud cinta kita hanya kepad Allah Rabb.

Telekung untuk majlis pertunangan Aqil-Zeyda
Sebenarnya, hadiah telekung bukan sahaja ditumpukan sebagai HANTARAN sahaja.
Untuk hadiah kepada rakan sekerja yang ingin bersara, yang tamatkan perkhidmatan, telekung boleh jadi pilihan terbaik untuk hadiah.
Apakah yang lebih berharga dalam sebuah persahabatan selain dari mengingatkan kita kepada akhirat yang kekal abadi?

Selain itu, telekung boleh dihadiahkan  untuk anak perempuan yang berjaya ke menara gading. Semoga menjadi teman setia mereka di sana nanti.
Atau semasa majlis konvokesyen >> lebih baik lagi dari hadiah bunga yang akan layu esoknya kan?


Sesungguhnya, KASIH SAYANG, KEMESRAAN dan CINTA itu dibina dengan sikap suka MEMBERI ~ Profesor Muhaya

TelekungNajwa- Direka Mengikut Fitrah

Untuk lebih pilihan, klik website www.telekungnajwa.my

Atau contact 016- 336 4302


Putih lambang cinta yang kudus
Telekung Safamarwah hanya dilipat dan diletakkan bunga ros sebagai penyeri hantaran
Telekung Sutera Exklusif sesuai untuk tema perkahwinan biru

Monday, January 4, 2016

Website shopping cart untuk Telekung Najwa

Salam alaik pembaca yang kami sayangi,

Terima kasih kerana masih setia membaca entri saya.

Hari ini nak kongsikan website kami . Bukanlah web baru, cuma usaha nak 'merge' blogspot dan web tak terjadi lagi. Untuk memudahkannya, saya kongsikan di blog ini.

Sila taip
www. telekungnajwa.my

Terus akan di link kan ke sini.
Kalau jumpa muka depan seperti ni, betullah tu :)

Shopping Cart kat atas tu untuk diisi ye, isi penuh-penuh tau

Ni bahagian HOT ITEM on SALE, rugi tak beli


Terima kasih atas sokongan kalian , save as Favourite web page ye.
Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah. Ameen Ya rabb

Yusniza Yusof
Mama to CEO Najwa
016-3364302 / 016-3304302

Sunday, November 1, 2015

Video Cara Ukur Lilit- TELEKUNG COTTON SMOCKING

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah dimudahkan Allah untuk terus berjuang dalam perniagaan yang pada awalnya untuk membentuk diri sendiri. 

Bermula dengan Telekung yang memberi keselesaan pada bahagian muka, kini TelekungNajwa dipelbagaikan lagi untuk memenuhi FITRAH setiap daripada kita semasa bersolat.

Ramai yang bertanya ada size ke telekung Smocking ni?
Sebenarnya untuk labuh telekung adalah size Standard. Perbezaan size hanyalah pada bahagian muka. Memang kami tekankan bahagian muka yang selesa kerana kami ingin SUJUD kita semua tidak diganggu dengan telekung yang longgar dan tidak selesa.

Jom saksikan video cara ukurlilit. Semoga ANDA dapat size yang betul ye. 


Size Ukurlilit Muka Telekung Smocking

S: 18.0 - 18.75 inch 
M: 19.0 - 19.75 inch 
L: 20.0 - 20.75 inch 
XL: 21.0 - 21.75 inch 

Size Standard telekung: 
Telekung: 
~ 32 inch : Labuh dari dagu
Kain Sarung: 
~ 52 inch :Labuh
~ 35 inch : Lebar kain



Jika ada sebarang soalan, mohon tinggalkan di ruangan komen





Salam sayang

Yusniza Yusof
WA 016-3304302
shopping chart di: www.telekungnajwa.my

Friday, September 11, 2015

IBADAH HAJI: Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Bulan Zulhijjah...

Semua orang mengimpikan menjadi tetamu Allah. 
Pastinya dalam doa kita, memohon diberi rezeki untuk menunaikan Haji tak pernah dilupakan. Lebih-lebih lagi apabila mendengar 1001 macam cerita dan iktibar daripada Catatan Haji sanak-saudara dan kawan-kawan.


Kadang-kadang kita lupa bahawa Allah akan beri tepat pada masanya.


Mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW , berdoa di Padang Arafah di kawasan lapang dengan mengangkat tinggi kedua tangannya. Waktu dan ketika inilah saat-saat yang paling ditunggu oleh semua umat islam. Tempat yang paling afdhal, masa dan waktu yang paling afdhal untuk berdoa, doa yang tidak terhijab; maka di Arafah lah tempatnya, dan waktu selepas Asar dan sebelum Maghrib (gelincir matahari). Peluang ini datang hanya setahun sekali dan kemungkinan seumur hidup sekali sahaja. Manisnya catatan diari dari blog yang saya baca milik mawar (http://mawar-my.blogspot.my). Menyentuh hati, menyentuh jiwa


Jadi, jika belum dijemput, kita tetap boleh berusaha menambahkan amalan di bulan Zulhijjah.

Doa di hari Arafah misalnya, kita tentu dapat merasai debaran para Jemaah untuk Wukuf di Padang Arafah. Sambil doa, niatkan dalam hati kita pasti ke sana nanti bila tiba masanya, inshaAllah.


Di bawah ini, disertakan beberapa produk TelekungNajwa yang kami sediakan bermusim, hanya dalam musim Haji sahaja.
Ada sesetengah produk yang tak dapat kami restock atas sebab -sebab yang tak dapat dielakkan.


Jubah with tudung



Jubah Seluar Sulam digayakan oleh
model TelekungNajwa, Kemn Azmaili

All time favourite, smocking plain


Sekian, selamat menjalani ibadah di bulan Zulhijjah. 
Telekung yang bakal dibasahi dengan air mata memohon keampuan darimu Ya Rabb.

Friday, August 14, 2015

Sejadah Kanak-Kanak : Usaha Kecil Menarik Minat Anak-Anak Solat

Assalamualaikum wbt,

Allahu akbar...T_T..tajuk macam mudah sahaja saya mengajak anak-anak solat. Padahal, saya pun sama macam orang lain, macam-macam usaha untuk latih anak-anak solat. Untuk nak cukupkan mereka solat 5 waktu memang mencabar.

Aleesya Najwa with Her 1st Sejadah

Masih ingat lagi masa masa saya bagi sejadah ni, Najwa sukerrrr sangat. Sembahyang 
(rukuk, sujud, habisss) terus baring-baring buat cam selimut. 
First time memang lah kan?
Lepas tu kalau nak solat, tarik sejadah, kain semayang pulak entah ke mana....T_____T.

So taktik terbaru, saya sulam NAMA 'ALEESYA NAJWA' di sejadahnya. 



Ajar anak apa tu Kaabah?
Pink ni mestilah pilihan anak perempuan :)
Police car- kalau anak minat jadi polis bagus ni

Kalau kita HADIAHKAN SEJADAH untuk anak tersayang pada harijadinya atau sebagai REWARD kepada usahanya seperti  habis Iqra’1, bangun awal, bilik kemas atau apa sahaja kejayaan mereka,  mesti diorang suka kan? 

Kanak-kanak boleh dibentuk dengan akhlak yang baik sejak awal lagi dan masa terbaik adalah ketika mereka berusia empat hingga enam tahun. Proses tarbiyah anak tu kan pelbagai cara. 

Kita ibubapa lah yang perlu jadi kreatif dalam usaha menjadikan anak kita anak yang soleh.

All the best to parents semua, kami pun masih berusaha ke arah mendidik anak-anak dengan cara yang betul.


Sekian, nanti kita cerita pasal pembuatan sejadah pula. Ada yang berminat?

Wednesday, July 29, 2015

TIPS MEMULAKAN BISNES UNTUK NEWBIE

Assalamulaikum wbt semua,

Sebenarnya,masa nak tulis entri ni, fikir banyak-banyak kali. Boleh ke sharing macam ni?
Rasa ilmu belum banyak pun pasal bisnes. Cuma bila ingat pesan cikgu saya, share apa saja yang anda dah buat dan berjaya, simple bagi anda, tapi mesti ada yang tercari-cari caranya.

Inilah antara yang saya pernah buat dahulu. 

TIPS Memulakan Bisnes From Zero

1. Kalau nak start berniaga anda mesti start jual, JUAL ITU SENINYA.

2. Dah gerak, baru senang tolak untuk lebih ke depan.
Daripada tak gerak-gerak, semua plan je tanpa pergerakan. 
Ini Namanya MOMENTUM

3. Set target, start target mingguan kemudian bulanan. Kalau tak berjaya capai, rendahkan target. KITA kena raikan kejayaan kecil.

Itu sahaja, buat dan buat. Usaha, doa dan tawakal jadi ramuan setiap hari.

Jangan busy rangka-rangka apa patut jual, buat logo syarikat, buat namecard, buat banner, cari kedai bla-bla-bla..
Dapatkan modal dulu baru keluarkan modal, kalau gagal nak dapatkan modal, dah kira kegagalan pertama sebagai peniaga.

Selamat memulakan perniagaan.
Jumpa lagi di entri seterusnya



Sunday, July 19, 2015

TELEKUNG ARANDA : Telekung Ibu Anak Terrrrlaris di Instagram

Assalamualaikum wbt

Setelah sekian lama menyepi dari ber blog, cuti Aidilfitri ni baru ada masa nak update.
Memang setiap bulan ada je plan date untuk update blog tapi selalu tak ikut jadual..He he -^-. Supermom busy lah katakan..
Tambah-tambah masa bulan Ramadhan, masa macam suntuk je.

Berbalik pada Tajuk Asal posting, Telekung Aranda, yang jualannya ALHAMDULILLAH, sangat sangat laris di akaun Instagram @telekungnajwa. Kalau sape-sape ada Insta, silalah follow
 ( haisy...sempat promote tu)

Aranda ibu dan anak in Berry Grey
Kalau nak solat, dagu pun kena tutup sayanggg
Idea buat Telekung Aranda ni memang untuk kanak-kanak. Sebab tu warnanya pun banyak yang terang-terang supaya diorang tertarik. Bila dah suka telekung, mesti suka solat pulak kan?
Lepas kami release Batch 1 Aranda, ramai yang minta buat untuk Ibu pula. maklumlah, ibu-ibu sekarang sangat suka sedondon dengan anak.

Ni kaler-kaler lembut Aranda pink purple

Atas sambutan menggalakkan di Instagram, lepas raya ni kami plan buat Vol 4 pula. Restock certain colour and penambahbaikan lagi untuk menarik minat anak-anak solat.

Apapun, kami buka preorder untuk Telekung Aranda. Boleh pilih warna-warna di bawah, warna baru tak buka untuk Pre-order ye

Order by email: telekungnajwa@gmail.com atau Whatsapp 016-3304302

Telekung kanak-kanak ni kami buat seawal usia 2 tahun hingga 9 tahun. Feedback customer memang best sebab kainnya jenis tahan lasak dan tak berat untuk anak-anak bawak ke sekolah/nurseri/jalan-jalan.
Model kami si kembar Safa dan Wawa
Di bawah ini ada beberapa 'scene' photoshoot dengan TELEKUNG ARANDA, Dibuka untuk tempahan, boleh whatsapp 016-3304302




Eid Mubarak, salam kemaafan dari kami di Telekungnajwa


Friday, December 26, 2014

CARA UKURLILIT MUKA untuk TELEKUNG COTTON SMOCKING LEKAP

Allahu akbar...

Sekian lama berusaha nak berikan anda semua cara terbaik untuk dapatkan ukuran muka untuk telekung smocking.

Dah cuba buat video, tapi videonya panjang sangat...almaklumlah, bukan professional.
Akhirnya, inilah yang terhasil.
Harap sangat dapat membantu anda untuk membuat pilihan size telekung smocking.
 

Cara lain adalah selalunya sama dengan Tuding Hardawning yang anda pakai.

Untuk rujukan inilah ukuran size nya

 S: 18.0 - 18.75 inch
M: 19.0 - 19.75 inch
L: 20.0 - 20.75 inch



Terima kasih kepada my dear Roslinda Ariffin atas bantuan ukuran dengan tangan yang comel ini :):):)






Selamat mengukur telekungnajwa lovelies :)

Monday, December 8, 2014

Tudung Sekolah Kanak-Kanak ~ tudung soft awning lycra

Musim beli barang sekolah anak-anak dah tiba.
Itu ini kena beli kan untuk persekolahan, harap-harap dah siap buat budget.

For telekungnajwa, tudung sekolah budak ni memang jualan bermusim. Musim akhir tahun je ada.
Jahitan yang kemas oleh tukang jahit yang kami dah filter berkali-kali ni.
Kenapa soft awning?
 Sebab anak senang jaga and ibu senang basuh...campur semua dalam washing machine ....hahahaha..

Meh kita tengok gambarnya dulu

dari pandangan sisi- terbentuk sahaja tanpa awning

Pandangan depna- kemas dan rapi

size dari 4-12 tahun
 READY STOCK

Material : White Lycra AA

Size S (labuh 13 inci) RM 19.90
Size M (labuh 14 inci) RM 20.90
Size L (labuh 16 inci) RM21.90

beli 3dapat harga RM 18 each tau (terus harga borong)


Whatapps 016-3304302.  kalau rajin, isi order form dulu ye
Jazakillah




Thursday, January 16, 2014

TELEKUNG IBU DAN ANAK

Assalam alaik blogger sekalian,

We often update blog kan skang..so sorry, managing facebook more nampaknya
Anyway, today rasa rinnnnnndu pd blog

Now nk update collection MUM & KIDS just for u

What u see in child exist in U!!!
Really true indeed kan?

So kalau anda seorang yang pentingkan kemas and keselesaan dan tentunya nak anak-anak kelihatan kemas dan selesa, JOM try TELEKUNG KIDS COTTON WHITE SMOCKING LACE/ NORMAL yang x perlukan anak tudung, rambut x terkeluar dan size muka mengikut UMUR

And PRICE for 2014 as below

=====================================
Size for Young Girls & Children (age / length from chin/ face circumference/ Price):

Year 4-6 / ~ 21 inch / 16.5 inch face circumference/ RM 38

Year 7-9 / ~ 25 inch / 17.5 inch face circumference/RM 43

Year 10-12 / ~ 29 inch / 18 inch face circumference/ RM 48

How to purchase?
Pick ur choice of ages now

PM : www.facebook.com/messages/telekungnajwa
SMS/whatapps : 016-3304302
Mail: telekungnajwa@gmail.com



TELEKUNG LITTLE NAJWA RM 55

PESONA IBU DAN ANAK ~ Plain for both RM 98 for 2 sets


TELEKUNG DOUBLE LINING P1 RM 65 sepasang, kalau nk neli without kain deduct RM 10 so RM55 telekung only....best kan? bleh lah jimat sket


My little najwa dah buat muka moody sbb x tahan panas, sian anak mama

Friday, October 18, 2013

PROMOSI HEBAT- TELEKUNG SMOCKING LEKAP PLAIN ~





-->TELEKUNG SOLAT ANDA KENA PAKAI BERLAPIS2 ANAK TUDUNG???
ANDA KENA PIN TELEKUNG ANDA???
ASYIK TARIK TELEKUNG BILA BANGUN DARI RUKUK???


Jom kita pakai telekung yg memudahkan anda untuk solat.
Kami ada telekung yang x perlu pakai anak tudung, bukan tu aje, ada double lining lagi...

Anda pula nak tunggu lagi ?
=====================================

BACA dulu baru decide!!!

"PERCAYA ATAU TIDAK? Telekung Cotton "SMOCKING" Ini Mampu membantu anda LEBIH SELESA Untuk BERSOLAT Sehingga 70%!

Ya, betul! Lebih 80% pelanggan kami telah menyatakan bahawa kemasan “SMOCKING” di bahagian muka ni buat mereka mudah BERSOLAT selepas mereka menggunakan Telekung TANPA ANAK TUDUNG ni!


Sebelum ni..

Pelanggan ada bagitau, mereka susah nak dapatkan telekung yang selesa di bahagian muka dengan harga yang rendah.
Selalunya, corak sulaman bunga cantik, SULAM SANA SULAM SINI, tapi bila di letakkan ke muka~ ARGHHHH, besar..KENA PAKAI ANAK TUDUNG PULAK...Jika ada pun, , harganya terlalu mahal, harga ok, kain pula tidak berkualiti. Kata mereka "MANE NAK CARIIIIII..."

TETAPI, selepas jumpa "TELEKUNGNAJWA"..

Mereka berkata! "ALHAMDULILLAH! Inilah yang aku cari!" Telekung SMOCKING yang dibuat dari cotton berkualiti, harga berbaloi-baloi, ada pilihan size muka dari S ke L, order hari ni, esok sampai!

FUHHHH...banyak lagi yang diorang kata.

Dah beratus-ratus helai LICIN bulan lepas! Kami pun tak jangka!

NAK TAHU TAK? Ramai yg membelinya utk INFAK/SEDEKAH/WAKAF~ saham tuhhh

-----------------------------------------------------------
PUAN NAK ORDER JUGA KE?
------------------------------------------------------------
Ya, boleh! Kami baru saja RESTOCK dalam 99 unit! TERHAD!

Biasanya, 99 unit ni, 5 hari je dah SOLD OUT! LICIN (bukan main-main)

Jika puan nak dapatkannya, SILA BERTINDAK SEKARANGGGG



--->SILA PM ke www.facebook.com/messages/telekungnajwa
SMS/whatapps: "SMOCKING" <nickname>

>>>> to 0163304302 sekarang!!


Dapatkannya SEBELUM STOCK HABIS

(SIAPA CEPAT, DIA GERENTI DAPAT. SIAPA LAMBAT, DIA MELEPAS!")

PS - Di kala anda sedang baca post ni, ada ribuan orang lagi di FB sedang membacanya juga. DAPATKAN SEKARANG sebelum ianya SOLD OUT!

====================================
Kami JAMIN - Pasti anda sukakannya!

- SELESA! Sudah pasti.

- TAK PERLU STRIKA! Ianya cotton yang tak mudah berkedut..

- SEJUK..Ya, kainnya sejuk, sedap dipakai!

- LEBIH TUMPUAN semasa SOLAT. In Sha Allah...

TESTIMONI PELANGGAN KAMI
-->Ini kata mereka yg berpuashati;

”Nicely fit, suka sangat”
“What a nice cotton telekung, murah pulak tu”
“telekung dahlah ngam2 bahagian muka, kainnya pun BEST

Ingat!
Tawaran ini hanya sekejap saja..
KALAU BELUM MENCUBA LAGI.ANDA BOLEH ORDER DARI KAMI.PASTI 200% BERPUAS HATI.

-->Harga RM 65 RM 60 aje dan size seperti berikut:

Size for Adult based on face circumference (Ukurlilit Muka)

S: 18.0 - 18.75 inch
M: 19.0 - 19.75 inch
L: 20.0 - 20.75 inch

Kos Pos Semenanjung utk sehelai RM9, Sabah/Sarawak RM 15
Sabah sarawak sehelai RM15