Friday, August 14, 2015

Sejadah Kanak-Kanak : Usaha Kecil Menarik Minat Anak-Anak Solat

Assalamualaikum wbt,

Allahu akbar...T_T..tajuk macam mudah sahaja saya mengajak anak-anak solat. Padahal, saya pun sama macam orang lain, macam-macam usaha untuk latih anak-anak solat. Untuk nak cukupkan mereka solat 5 waktu memang mencabar.

Aleesya Najwa with Her 1st Sejadah

Masih ingat lagi masa masa saya bagi sejadah ni, Najwa sukerrrr sangat. Sembahyang 
(rukuk, sujud, habisss) terus baring-baring buat cam selimut. 
First time memang lah kan?
Lepas tu kalau nak solat, tarik sejadah, kain semayang pulak entah ke mana....T_____T.

So taktik terbaru, saya sulam NAMA 'ALEESYA NAJWA' di sejadahnya. 



Ajar anak apa tu Kaabah?
Pink ni mestilah pilihan anak perempuan :)
Police car- kalau anak minat jadi polis bagus ni

Kalau kita HADIAHKAN SEJADAH untuk anak tersayang pada harijadinya atau sebagai REWARD kepada usahanya seperti  habis Iqra’1, bangun awal, bilik kemas atau apa sahaja kejayaan mereka,  mesti diorang suka kan? 

Kanak-kanak boleh dibentuk dengan akhlak yang baik sejak awal lagi dan masa terbaik adalah ketika mereka berusia empat hingga enam tahun. Proses tarbiyah anak tu kan pelbagai cara. 

Kita ibubapa lah yang perlu jadi kreatif dalam usaha menjadikan anak kita anak yang soleh.

All the best to parents semua, kami pun masih berusaha ke arah mendidik anak-anak dengan cara yang betul.


Sekian, nanti kita cerita pasal pembuatan sejadah pula. Ada yang berminat?