Thursday, January 14, 2016

HADIAH SEPASANG TELEKUNG

Selawat dan Salam atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum wbt

Bulan Disember yang lalu, ramai yang membeli Telekung Safamarwah Dull Satin Valentro sebagai hadiah perkahwinan dn pertunangan.

Pemberian Telekung sebagai HANTARAN kita lihat hanya sebagai adat. Sebenarnya lebih dari itu. Simboliknya, jadikan telekung itu sebagai peneman di kala gembira dan duka dalam melayari bahtera perkahwinan dalam SOLAT. Supaya sujud cinta kita hanya kepad Allah Rabb.

Telekung untuk majlis pertunangan Aqil-Zeyda
Sebenarnya, hadiah telekung bukan sahaja ditumpukan sebagai HANTARAN sahaja.
Untuk hadiah kepada rakan sekerja yang ingin bersara, yang tamatkan perkhidmatan, telekung boleh jadi pilihan terbaik untuk hadiah.
Apakah yang lebih berharga dalam sebuah persahabatan selain dari mengingatkan kita kepada akhirat yang kekal abadi?

Selain itu, telekung boleh dihadiahkan  untuk anak perempuan yang berjaya ke menara gading. Semoga menjadi teman setia mereka di sana nanti.
Atau semasa majlis konvokesyen >> lebih baik lagi dari hadiah bunga yang akan layu esoknya kan?


Sesungguhnya, KASIH SAYANG, KEMESRAAN dan CINTA itu dibina dengan sikap suka MEMBERI ~ Profesor Muhaya

TelekungNajwa- Direka Mengikut Fitrah
Putih lambang cinta yang kudus

Monday, January 4, 2016

Website shopping cart untuk Telekung Najwa

Salam alaik pembaca yang kami sayangi,

Terima kasih kerana masih setia membaca entri saya.

Hari ini nak kongsikan website kami . Bukanlah web baru, cuma usaha nak 'merge' blogspot dan web tak terjadi lagi. Untuk memudahkannya, saya kongsikan di blog ini.

Sila taip
www. telekungnajwa.my

Terus akan di link kan ke sini.
Kalau jumpa muka depan seperti ni, betullah tu :)

Shopping Cart kat atas tu untuk diisi ye, isi penuh-penuh tau

Ni bahagian HOT ITEM on SALE, rugi tak beli


Terima kasih atas sokongan kalian , save as Favourite web page ye.
Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah. Ameen Ya rabb

Yusniza Yusof
Mama to CEO Najwa
016-3364302 / 016-3304302

Sunday, November 1, 2015

Video Cara Ukur Lilit- TELEKUNG COTTON SMOCKING

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah dimudahkan Allah untuk terus berjuang dalam perniagaan yang pada awalnya untuk membentuk diri sendiri. 

Bermula dengan Telekung yang memberi keselesaan pada bahagian muka, kini TelekungNajwa dipelbagaikan lagi untuk memenuhi FITRAH setiap daripada kita semasa bersolat.

Ramai yang bertanya ada size ke telekung Smocking ni?
Sebenarnya untuk labuh telekung adalah size Standard. Perbezaan size hanyalah pada bahagian muka. Memang kami tekankan bahagian muka yang selesa kerana kami ingin SUJUD kita semua tidak diganggu dengan telekung yang longgar dan tidak selesa.

Jom saksikan video cara ukurlilit. Semoga ANDA dapat size yang betul ye. 


Size Ukurlilit Muka Telekung Smocking

S: 18.0 - 18.75 inch 
M: 19.0 - 19.75 inch 
L: 20.0 - 20.75 inch 
XL: 21.0 - 21.75 inch 

Size Standard telekung: 
Telekung: 
~ 32 inch : Labuh dari dagu
Kain Sarung: 
~ 52 inch :Labuh
~ 35 inch : Lebar kain



Jika ada sebarang soalan, mohon tinggalkan di ruangan komen





Salam sayang

Yusniza Yusof
WA 016-3304302
shopping chart di: www.telekungnajwa.my

Friday, September 11, 2015

IBADAH HAJI: Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Bulan Zulhijjah...

Semua orang mengimpikan menjadi tetamu Allah. 
Pastinya dalam doa kita, memohon diberi rezeki untuk menunaikan Haji tak pernah dilupakan. Lebih-lebih lagi apabila mendengar 1001 macam cerita dan iktibar daripada Catatan Haji sanak-saudara dan kawan-kawan.


Kadang-kadang kita lupa bahawa Allah akan beri tepat pada masanya.


Mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW , berdoa di Padang Arafah di kawasan lapang dengan mengangkat tinggi kedua tangannya. Waktu dan ketika inilah saat-saat yang paling ditunggu oleh semua umat islam. Tempat yang paling afdhal, masa dan waktu yang paling afdhal untuk berdoa, doa yang tidak terhijab; maka di Arafah lah tempatnya, dan waktu selepas Asar dan sebelum Maghrib (gelincir matahari). Peluang ini datang hanya setahun sekali dan kemungkinan seumur hidup sekali sahaja. Manisnya catatan diari dari blog yang saya baca milik mawar (http://mawar-my.blogspot.my). Menyentuh hati, menyentuh jiwa


Jadi, jika belum dijemput, kita tetap boleh berusaha menambahkan amalan di bulan Zulhijjah.

Doa di hari Arafah misalnya, kita tentu dapat merasai debaran para Jemaah untuk Wukuf di Padang Arafah. Sambil doa, niatkan dalam hati kita pasti ke sana nanti bila tiba masanya, inshaAllah.


Di bawah ini, disertakan beberapa produk TelekungNajwa yang kami sediakan bermusim, hanya dalam musim Haji sahaja.
Ada sesetengah produk yang tak dapat kami restock atas sebab -sebab yang tak dapat dielakkan.


Jubah with tudung



Jubah Seluar Sulam digayakan oleh
model TelekungNajwa, Kemn Azmaili

All time favourite, smocking plain


Sekian, selamat menjalani ibadah di bulan Zulhijjah. 
Telekung yang bakal dibasahi dengan air mata memohon keampuan darimu Ya Rabb.

Friday, August 14, 2015

Sejadah Kanak-Kanak : Usaha Kecil Menarik Minat Anak-Anak Solat

Assalamualaikum wbt,

Allahu akbar...T_T..tajuk macam mudah sahaja saya mengajak anak-anak solat. Padahal, saya pun sama macam orang lain, macam-macam usaha untuk latih anak-anak solat. Untuk nak cukupkan mereka solat 5 waktu memang mencabar.

Aleesya Najwa with Her 1st Sejadah

Masih ingat lagi masa masa saya bagi sejadah ni, Najwa sukerrrr sangat. Sembahyang 
(rukuk, sujud, habisss) terus baring-baring buat cam selimut. 
First time memang lah kan?
Lepas tu kalau nak solat, tarik sejadah, kain semayang pulak entah ke mana....T_____T.

So taktik terbaru, saya sulam NAMA 'ALEESYA NAJWA' di sejadahnya. 



Ajar anak apa tu Kaabah?
Pink ni mestilah pilihan anak perempuan :)
Police car- kalau anak minat jadi polis bagus ni

Kalau kita HADIAHKAN SEJADAH untuk anak tersayang pada harijadinya atau sebagai REWARD kepada usahanya seperti  habis Iqra’1, bangun awal, bilik kemas atau apa sahaja kejayaan mereka,  mesti diorang suka kan? 

Kanak-kanak boleh dibentuk dengan akhlak yang baik sejak awal lagi dan masa terbaik adalah ketika mereka berusia empat hingga enam tahun. Proses tarbiyah anak tu kan pelbagai cara. 

Kita ibubapa lah yang perlu jadi kreatif dalam usaha menjadikan anak kita anak yang soleh.

All the best to parents semua, kami pun masih berusaha ke arah mendidik anak-anak dengan cara yang betul.


Sekian, nanti kita cerita pasal pembuatan sejadah pula. Ada yang berminat?

Wednesday, July 29, 2015

TIPS MEMULAKAN BISNES UNTUK NEWBIE

Assalamulaikum wbt semua,

Sebenarnya,masa nak tulis entri ni, fikir banyak-banyak kali. Boleh ke sharing macam ni?
Rasa ilmu belum banyak pun pasal bisnes. Cuma bila ingat pesan cikgu saya, share apa saja yang anda dah buat dan berjaya, simple bagi anda, tapi mesti ada yang tercari-cari caranya.

Inilah antara yang saya pernah buat dahulu. 

TIPS Memulakan Bisnes From Zero

1. Kalau nak start berniaga anda mesti start jual, JUAL ITU SENINYA.

2. Dah gerak, baru senang tolak untuk lebih ke depan.
Daripada tak gerak-gerak, semua plan je tanpa pergerakan. 
Ini Namanya MOMENTUM

3. Set target, start target mingguan kemudian bulanan. Kalau tak berjaya capai, rendahkan target. KITA kena raikan kejayaan kecil.

Itu sahaja, buat dan buat. Usaha, doa dan tawakal jadi ramuan setiap hari.

Jangan busy rangka-rangka apa patut jual, buat logo syarikat, buat namecard, buat banner, cari kedai bla-bla-bla..
Dapatkan modal dulu baru keluarkan modal, kalau gagal nak dapatkan modal, dah kira kegagalan pertama sebagai peniaga.

Selamat memulakan perniagaan.
Jumpa lagi di entri seterusnya



Sunday, July 19, 2015

TELEKUNG ARANDA : Telekung Ibu Anak Terrrrlaris di Instagram

Assalamualaikum wbt

Setelah sekian lama menyepi dari ber blog, cuti Aidilfitri ni baru ada masa nak update.
Memang setiap bulan ada je plan date untuk update blog tapi selalu tak ikut jadual..He he -^-. Supermom busy lah katakan..
Tambah-tambah masa bulan Ramadhan, masa macam suntuk je.

Berbalik pada Tajuk Asal posting, Telekung Aranda, yang jualannya ALHAMDULILLAH, sangat sangat laris di akaun Instagram @telekungnajwa. Kalau sape-sape ada Insta, silalah follow
 ( haisy...sempat promote tu)

Aranda ibu dan anak in Berry Grey
Kalau nak solat, dagu pun kena tutup sayanggg
Idea buat Telekung Aranda ni memang untuk kanak-kanak. Sebab tu warnanya pun banyak yang terang-terang supaya diorang tertarik. Bila dah suka telekung, mesti suka solat pulak kan?
Lepas kami release Batch 1 Aranda, ramai yang minta buat untuk Ibu pula. maklumlah, ibu-ibu sekarang sangat suka sedondon dengan anak.

Ni kaler-kaler lembut Aranda pink purple

Atas sambutan menggalakkan di Instagram, lepas raya ni kami plan buat Vol 4 pula. Restock certain colour and penambahbaikan lagi untuk menarik minat anak-anak solat.

Apapun, kami buka preorder untuk Telekung Aranda. Boleh pilih warna-warna di bawah, warna baru tak buka untuk Pre-order ye

Order by email: telekungnajwa@gmail.com atau Whatsapp 016-3304302

Telekung kanak-kanak ni kami buat seawal usia 2 tahun hingga 9 tahun. Feedback customer memang best sebab kainnya jenis tahan lasak dan tak berat untuk anak-anak bawak ke sekolah/nurseri/jalan-jalan.
Model kami si kembar Safa dan Wawa
Di bawah ini ada beberapa 'scene' photoshoot dengan TELEKUNG ARANDA, Dibuka untuk tempahan, boleh whatsapp 016-3304302




Eid Mubarak, salam kemaafan dari kami di Telekungnajwa


Friday, December 26, 2014

CARA UKURLILIT MUKA untuk TELEKUNG COTTON SMOCKING LEKAP

Allahu akbar...

Sekian lama berusaha nak berikan anda semua cara terbaik untuk dapatkan ukuran muka untuk telekung smocking.

Dah cuba buat video, tapi videonya panjang sangat...almaklumlah, bukan professional.
Akhirnya, inilah yang terhasil.
Harap sangat dapat membantu anda untuk membuat pilihan size telekung smocking.
 

Cara lain adalah selalunya sama dengan Tuding Hardawning yang anda pakai.

Untuk rujukan inilah ukuran size nya

 S: 18.0 - 18.75 inch
M: 19.0 - 19.75 inch
L: 20.0 - 20.75 inch



Terima kasih kepada my dear Roslinda Ariffin atas bantuan ukuran dengan tangan yang comel ini :):):)






Selamat mengukur telekungnajwa lovelies :)