Wednesday, July 29, 2015

TIPS MEMULAKAN BISNES UNTUK NEWBIE

Assalamulaikum wbt semua,

Sebenarnya,masa nak tulis entri ni, fikir banyak-banyak kali. Boleh ke sharing macam ni?
Rasa ilmu belum banyak pun pasal bisnes. Cuma bila ingat pesan cikgu saya, share apa saja yang anda dah buat dan berjaya, simple bagi anda, tapi mesti ada yang tercari-cari caranya.

Inilah antara yang saya pernah buat dahulu. 

TIPS Memulakan Bisnes From Zero

1. Kalau nak start berniaga anda mesti start jual, JUAL ITU SENINYA.

2. Dah gerak, baru senang tolak untuk lebih ke depan.
Daripada tak gerak-gerak, semua plan je tanpa pergerakan. 
Ini Namanya MOMENTUM

3. Set target, start target mingguan kemudian bulanan. Kalau tak berjaya capai, rendahkan target. KITA kena raikan kejayaan kecil.

Itu sahaja, buat dan buat. Usaha, doa dan tawakal jadi ramuan setiap hari.

Jangan busy rangka-rangka apa patut jual, buat logo syarikat, buat namecard, buat banner, cari kedai bla-bla-bla..
Dapatkan modal dulu baru keluarkan modal, kalau gagal nak dapatkan modal, dah kira kegagalan pertama sebagai peniaga.

Selamat memulakan perniagaan.
Jumpa lagi di entri seterusnya