Tuesday, April 5, 2016

BIRTHDAY: 'Dress Ribbon' atau Telekung Ribbon Akasia?


Masa kecil dulu, kalau mama belikan dress yang ada riben, dah tau ini mesti special untuk Birthday.

Lepas pakai masa Birthday ,simpan elok-elok hingga musim Raya). Pakailah yang sama sebab mahal bak hang!! ( mahal zaman tu ,RM 50 sepasang ). Itupun dah habis kedai cari. Pernah beli di kedai nyonya Cina kat kelantan, itu saya ingat

Kalau dua beradik, kena ada DUA pasang jugalah.
Suka sangat dress ada riben ni, berangan ala-ala Cinderella gitew.  Lagi besar ikat buat bentuk riben, lagi rasa cantik. Konon!

Poojaan hati little princess


Telekung Ribbon Akasia  pula dihasilkan kerana objektif yang sama.
Dah lama TelekungNajwa mencari sesuatu yang membuatkan anak-anak senyum girang untuk dipakai buat solat.

Nak bagi anak-anak rasa ala-ala princess Cinderella.
Princess Cinderella pakai cantik-cantik bukan nak jumpa Prince.
Tapi nak jumpa Allah. Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Dua beradik, satu citarasa :)
Telekung Ribbon Akasia PinkBerry-Purple

Supaya anak-anak kenal siapa yang menciptakan mereka. Yang memberi segala nikmat yang terkira. Mereka belum faham apa itu khusyuk, apa itu rukun. Tapi mulakan dengan mereka faham bahwa SOLAT ini adalah TIANG AGAMA. Islam itu terletak pada SOLAT kita.
Semoga Allah memudahkan urusan kita mendidik diri dan anak-anak solat

Telekung Ribbon Akasia
www.telekungnajwa.my
WA/Call : 016-3304302

Yusniza Yusof
April 2016


Tuesday, February 16, 2016

TUDUNG TRANSFORMER : Kolaborasi TelekungNajwa dan BOB Fashion by Afdlin Shauki

Salam ceria semua,

Syukur alhamdulillah, awal 2016, Afdlin Shauki dan TelekungNajwa melancarkan TUDUNG 3 dalam 1 PALING MUDAH untuk anda semua


Semasa saya diberi peluang oleh seorang rakan untuk project bersama Afdlin Shauki di bawah jenama B.O.B by Afdlin Shauki, hati terdetik, kenapa beliau pilih saya? Akhirnya saya sedar, rezeki dari Allah, melalui insan yang Allah pilih.
Dan begitulah sebuah networking dalam bisnes, membantu Telekungnajwa yang baru bertatih untuk menuju kejayaan yang lebih besar.

Lebih dari 3 prototype telah dihantar, terima kasih kepada team tailor yang membantu. Asyik dok fikir design macamana nak buat jadi labuh hingga menutupi tangan. Pastu macamana pulak bila 'transform' jadi tudung nak sorok semua kat dalam. Sama-sama pening!



>>Pernah set back dan turn down sebab design tak menjadi. Saya mahu tudung ini menutup tangan semasa solat, lebih yakin dengan aurat terpelihara semasa solat. Namun, seorang adik datang dan menyuntik semangat untuk saya terus mencuba kerana kata beliau, design ini boleh membantu ramai orang. "Kak Ngah mesti cuba sampai jadi." 

Kolaborasi dengan Afdlin Shauki yang sangat humble, bertolak ansur dan team BOB yang berdedikasi. Apabila berjumpa dengan mereka yang sebeginilah membuatkan saya banyak belajar tentang diri sendiri.

 GRAND LAUNCHING TUDUNG TRANSFORMER di Mood Republik Kota Bharu Kelantan pada 5 & 6 Februari oleh team pemasaran B.O.B by Afdlin Shauki.
Oghe Kelate yang  mari ramai-ramai , Maghi kelih dan acu cubo try test, timo kasih diucapkan.
 Ini antara yang mencuba dan membeli semasa launching ( dari page B.O.B by Afdlin Shauki)

Tertarik dengan warna pink+brown

Nak test macamana nak transform

Ibu kepada CEO Mood Republik pun datang

Semoga TUDUNG TRANSFORMER diterima untuk sekalian ummah untuk memudahkan SOLAT. Bersedia TRANSFORM untuk solah dengan tudung anda !!!!!

Salam hormat
Yusniza Yusof
TelekungNajwa
Februari 2016
smile emoticon

Thursday, January 14, 2016

HADIAH SEPASANG TELEKUNG BUAT HANTARAN

Selawat dan Salam atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum wbt

Bulan Disember yang lalu, ramai yang membeli Telekung Safamarwah Dull Satin Valentro sebagai hadiah perkahwinan dn pertunangan.

Pemberian Telekung sebagai HANTARAN kita lihat hanya sebagai adat. Sebenarnya lebih dari itu. Simboliknya, jadikan telekung itu sebagai peneman di kala gembira dan duka dalam melayari bahtera perkahwinan dalam SOLAT. Supaya sujud cinta kita hanya kepad Allah Rabb.

Telekung untuk majlis pertunangan Aqil-Zeyda
Sebenarnya, hadiah telekung bukan sahaja ditumpukan sebagai HANTARAN sahaja.
Untuk hadiah kepada rakan sekerja yang ingin bersara, yang tamatkan perkhidmatan, telekung boleh jadi pilihan terbaik untuk hadiah.
Apakah yang lebih berharga dalam sebuah persahabatan selain dari mengingatkan kita kepada akhirat yang kekal abadi?

Selain itu, telekung boleh dihadiahkan  untuk anak perempuan yang berjaya ke menara gading. Semoga menjadi teman setia mereka di sana nanti.
Atau semasa majlis konvokesyen >> lebih baik lagi dari hadiah bunga yang akan layu esoknya kan?


Sesungguhnya, KASIH SAYANG, KEMESRAAN dan CINTA itu dibina dengan sikap suka MEMBERI ~ Profesor Muhaya

TelekungNajwa- Direka Mengikut Fitrah

Untuk lebih pilihan, klik website www.telekungnajwa.my

Atau contact 016- 336 4302


Putih lambang cinta yang kudus
Telekung Safamarwah hanya dilipat dan diletakkan bunga ros sebagai penyeri hantaran
Telekung Sutera Exklusif sesuai untuk tema perkahwinan biru

Monday, January 4, 2016

Website shopping cart untuk Telekung Najwa

Salam alaik pembaca yang kami sayangi,

Terima kasih kerana masih setia membaca entri saya.

Hari ini nak kongsikan website kami . Bukanlah web baru, cuma usaha nak 'merge' blogspot dan web tak terjadi lagi. Untuk memudahkannya, saya kongsikan di blog ini.

Sila taip
www. telekungnajwa.my

Terus akan di link kan ke sini.
Kalau jumpa muka depan seperti ni, betullah tu :)

Shopping Cart kat atas tu untuk diisi ye, isi penuh-penuh tau

Ni bahagian HOT ITEM on SALE, rugi tak beli


Terima kasih atas sokongan kalian , save as Favourite web page ye.
Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah. Ameen Ya rabb

Yusniza Yusof
Mama to CEO Najwa
016-3364302 / 016-3304302