Friday, September 11, 2015

IBADAH HAJI: Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Bulan Zulhijjah...

Semua orang mengimpikan menjadi tetamu Allah. 
Pastinya dalam doa kita, memohon diberi rezeki untuk menunaikan Haji tak pernah dilupakan. Lebih-lebih lagi apabila mendengar 1001 macam cerita dan iktibar daripada Catatan Haji sanak-saudara dan kawan-kawan.


Kadang-kadang kita lupa bahawa Allah akan beri tepat pada masanya.


Mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW , berdoa di Padang Arafah di kawasan lapang dengan mengangkat tinggi kedua tangannya. Waktu dan ketika inilah saat-saat yang paling ditunggu oleh semua umat islam. Tempat yang paling afdhal, masa dan waktu yang paling afdhal untuk berdoa, doa yang tidak terhijab; maka di Arafah lah tempatnya, dan waktu selepas Asar dan sebelum Maghrib (gelincir matahari). Peluang ini datang hanya setahun sekali dan kemungkinan seumur hidup sekali sahaja. Manisnya catatan diari dari blog yang saya baca milik mawar (http://mawar-my.blogspot.my). Menyentuh hati, menyentuh jiwa


Jadi, jika belum dijemput, kita tetap boleh berusaha menambahkan amalan di bulan Zulhijjah.

Doa di hari Arafah misalnya, kita tentu dapat merasai debaran para Jemaah untuk Wukuf di Padang Arafah. Sambil doa, niatkan dalam hati kita pasti ke sana nanti bila tiba masanya, inshaAllah.


Di bawah ini, disertakan beberapa produk TelekungNajwa yang kami sediakan bermusim, hanya dalam musim Haji sahaja.
Ada sesetengah produk yang tak dapat kami restock atas sebab -sebab yang tak dapat dielakkan.


Jubah with tudung



Jubah Seluar Sulam digayakan oleh
model TelekungNajwa, Kemn Azmaili

All time favourite, smocking plain


Sekian, selamat menjalani ibadah di bulan Zulhijjah. 
Telekung yang bakal dibasahi dengan air mata memohon keampuan darimu Ya Rabb.